Am
SD Guthrie dan kumpulan syarikatnya, termasuk subsidiari-subsidiarinya dan syarikat-syarikat dibawah kawalan SD Guthrie (“SD Guthrie” atau “kami”) komited dalam melindungi dan menghormati privasi anda. Notis privasi ini (“Notis Privasi”) terpakai kepada semua jenama kami di peringkat global dan menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, menyimpan dan menzahirkan data peribadi anda selaras dengan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
Sila pastikan anda telah membaca dan memahami Notis Privasi ini sebelum mengakses laman web kami atau memberikan data peribadi anda kepada kami.
Pengumpulan Maklumat dan Kategori Data Peribadi
Pengumpulan Maklumat
Data peribadi anda mungkin dikumpulkan daripada anda semasa melayari laman web kami, melalui senarai tetamu, kad perniagaan, buku tetamu dan/atau mana-mana acara yang dianjurkan oleh kami atau dari sumber lain seperti pelanggan kami, rakan niaga dan wakil mereka, pihak ketiga seperti pihak berkuasa, agensi kerajaan, agensi pelaporan kredit, agensi rekrut pekerja, pembekal perkhidmatan saringan pra-pekerjaan, majikan anda atau referi yang lain, maklumat rangkaian sosial, rekod awam, atau daripada pihak ketiga lain yang bekerja dengan kami.
Warganegara atau Individu Pemastautin EEA/UK
Jika anda seorang warganegara atau pemastautin di Kawasan Ekonomi Eropah ("EEA") atau United Kingdom ("UK"), sila rujuk Bahagian Tujuan dan Asas Perundangan yang Sah untuk Pemprosesan Data Peribadi di bawah di mana kami telah menyatakan maklumat tambahan yang diperlukan oleh undang-undang perlindungan data Kesatuan Eropah (“EU") dan UK untuk menerangkan "asas yang sah" untuk pemprosesan data peribadi anda. Jika anda bukan warganegara atau pemastautin di EEA atau UK, di mana anda telah memberikan kami data peribadi anda, anda bersetuju dan mengizinkan dengan pengumpulan, penggunaan dan penzahiran data peribadi anda untuk tujuan yang telah dinyatakan dalam Notis Privasi ini, di mana berkenaan.
If you are not a citizen or resident in the EEA or UK, in the case where you provide us with your personal data, you agree and consent to our collection, use and disclosure of your personal data for the purposes set out in this Privacy Notice, where applicable.
Categories of Personal Data
Jenis-jenis data peribadi yang mungkin kami kumpulkan daripada anda akan bergantung kepada tujuan dan hubungan kami dengan anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor pengenalan (IC), nombor pasport, alamat surat-menyurat, kewarganegaraan, nombor telefon, e-mel, dan lokasi. Data peribadi yang disebutkan di atas tidak menyeluruh dan mungkin termasuk data peribadi lain bergantung kepada hubungan perniagaan, urusan atau transaksi antara anda dan kami.
Terdapat situasi di mana kami mungkin perlu mengumpulkan jenis data peribadi yang lebih sensitif dan diberikan tahap perlindungan yang lebih tinggi (dengan syarat yang lebih ketat) di negara seperti EEA dan UK. Jenis-jenis data peribadi tersebut termasuk data peribadi yang mendedahkan asal usul kaum atau etnik, pendapat politik, kepercayaan agama atau falsafah, atau keahlian kesatuan sekerja, dan pemprosesan data genetik, data biometrik untuk tujuan mengenalpasti individu, data kesihatan atau data kehidupan seks atau orientasi seksual serta data berkenaan dengan sabitan dan kesalahan jenayah. Jika kami memerlukan data peribadi sensitif dan rekod jenayah seseorang, kami akan memastikan bahawa kami memenuhi asas perundangan yang sah untuk pemprosesan data tersebut.
Kami hanya akan mengumpul data peribadi anda untuk memenuhi satu (1) atau lebih Tujuan yang dinyatakan dalam Bahagian Tujuan dan Asas Perundangan yang Sah untuk Pemprosesan Data Peribadi di bawah. Keengganan anda untuk memberikan data peribadi yang diminta kepada kami boleh menyebabkan kami tidak dapat memproses dan/atau menzahirkan data peribadi anda untuk Tujuan yang dinyatakan di bawah.
Tujuan dan Asas Perundangan yang Sah untuk Pemprosesan Data Peribadi
Tujuan
Tujuan kami mengumpul dan memproses data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
(secara kolektif, “Tujuan”).
Data yang Tidak Boleh Dikenal Pasti (Anonymised Data)
Kami mungkin mencipta rekod data yang tidak boleh dikenal pasti (anonymised) daripada data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda yang telah disulitkan. Data anonymised bukan data peribadi di sisi undang-undang kerana data tersebut tidak akan mengenal pasti anda secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan data anonymised tersebut untuk tujuan pengiraan trafik atau penggunaan ciri khusus laman web dan mendedahkan data anonymised kepada pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada rakan kongsi penyelidikan kami. Jika penggunaan rekod data anonymised kami akan membolehkan kami mengenal pasti identiti anda, kami akan menganggap data gabungan tersebut sebagai data peribadi yang akan digunakan selaras dengan Notis Privasi ini.
Asas yang Sah
Dalam urusan atau interaksi kami dengan anda, kami bergantung pada pelbagai asas yang sah untuk tujuan pemprosesan data peribadi anda. Sila rujuk jadual di bawah.
Aktiviti Pemprosesan (Tujuan Pemprosesan Data Peribadi Anda) | Asas yang Sah |
---|---|
Untuk membolehkan anda menyediakan barangan atau perkhidmatan kepada kami atau sebaliknya |
|
Pelaksanaan kontrak (pemohon kerja yang berjaya akan diminta menandatangani kontrak pekerjaan) |
|
Untuk menjalankan pemeriksaan latar belakang dan saringan Know Your Counterparty (KYC) |
|
Untuk menghantar mesej perayaan, mesej promosi dan tawaran istimewa kepada anda |
|
Untuk tujuan menjalin hubungan perniagaan dengan anda |
|
Untuk tujuan penyimpanan maklumat |
|
Untuk tujuan keselamatan dan pencegahan fraud |
|
Untuk tujuan analisis statistik data |
|
Untuk tujuan memprofil keutamaan anda |
|
Untuk tujuan pemasaran |
|
Untuk tujuan urusan hubungan dengan pelabur |
|
Untuk penggunaan dalam tugasan media dan/atau buletin atau iklan kami |
|
Untuk tujuan menyediakan undangan tetamu, pendaftaran dan/atau mendaftarkan anda untuk acara-acara kami |
|
Untuk tujuan lawatan ke pejabat atau premis kami di mana imej anda mungkin akan diambil dan dirakam melalui CCTV untuk memastikan keselamatan di dalam premis. |
|
Untuk penjualan atau pemindahan semua atau mana-mana bahagian perniagaan atau aset kami kepada pihak ketiga. |
|
Untuk membela tuntutan atau saman terhadap kami dalam prosedur undang-undang atau prosedur undang-undang yang berpotensi. |
|
Untuk tujuan pengurusan kesihatan semasa krisis kesihatan atau wabak penyakit. |
|
Untuk apa-apa tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan di bawah peruntukan perundangan, statutori dan peraturan. |
|
Tujuan Pemasaran Secara Langsung
Kami akan menghantar buletin, tinjauan, tawaran dan bahan promosi lain kepada anda secara berkala mengenai produk dan perkhidmatan kami yang kami percaya adalah menarik atau berguna kepada anda, jika anda telah bersetuju (opt-in) untuk menerima mesej tersebut melalui e-mel atau saluran elektronik lain (jika opt-in sedemikian diperlukan di bawah undang-undang tempatan anda).
Jika anda tidak berminat menerima komunikasi sedemikian pada bila-bila masa, anda boleh "opt-out" dengan mengikuti arahan berhenti melanggan yang diberikan dalam setiap e-mel pemasaran langsung kami atau dengan menghubungi kami secara terus (sila rujuk Bahagian Hubungi Kami di bawah). Kami akan merekodkan sebarang bantahan daripada anda dan berhenti menghantar komunikasi promosi kepada anda.
Automated Decision-Making
We do not process your personal data via automated decision-making.
Kuki
Informasi Am tentang Kuki
Kuki adalah fail kecil yang meminta keizinan untuk diletakkan dalam peranti anda. Jika anda memberi keizinan, fail tersebut akan ditambahkan dan kuki akan membantu menganalisis trafik web atau memberitahu anda apabila anda melawat mana-mana laman web. Kuki membenarkan aplikasi web bertindak balas kepada anda sebagai individu. Aplikasi web boleh menyesuaikan operasinya mengikut keperluan, pemilihan (suka atau tidak suka) anda dengan mengumpul dan mengingati maklumat pilihan anda.
Jenis Kuki dan Tujuan
Kami menggunakan kuki dan teknologi lain yang serupa untuk mengumpul maklumat tentang pelawat kami. Secara khususnya, kami menggunakan kuki dan teknologi lain yang serupa untuk tujuan berikut:
Kuki tidak sama sekali memberi kami akses kepada peranti anda atau sebarang maklumat berkaitan dengan anda, selain daripada data yang anda pilih untuk berkongsi dengan kami.
Modify Cookies Preferences
Anda boleh memilih untuk menerima atau menolak kuki. Kebanyakan pelayar web menerima kuki secara automatik, tetapi anda boleh mengubah tetapan pelayar jika anda ingin menolak kuki tersebut. Perbuatan ini mungkin menghalang anda daripada mendapat manfaat sepenuhnya daripada laman web kami.
Anda juga boleh mengubah tetapan kuki anda (kecuali kuki penting) pada bila-bila masa dengan klik pada ikon hitam di sebelah kiri bawah laman web kami.
Data Peribadi Individu Bawah Umur dan Individu Lain
Jika anda berkongsi atau memberikan kami data peribadi mana-mana ahli keluarga, pasangan, tanggungan dan/atau individu lain, anda mengesahkan bahawa anda telah mendapat keizinan daripada orang yang berkaitan untuk memproses data peribadi mereka mengikut Notis Privasi ini.
Sekiranya anda berkongsi atau memberikan kami data peribadi kanak-kanak di bawah umur, anda mengesahkan bahawa anda mempunyai hak untuk bertindak dan memberi keizinan bagi pihak mereka untuk memproses data peribadi mereka selaras dengan Notis Privasi ini.
Perkongsian Data Peribadi Anda
Perkongsian
Sila ambil maklum bahawa data peribadi anda boleh dizahirkan, disebarkan dan/atau dipindahkan kepada syarikat-syarikat di dalam kumpulan kami (termasuk syarikat induk, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat yang berkaitan dan syarikat-syarikat bersekutu tempatan dan juga antarabangsa), sama ada sekarang atau pada masa akan datang, atau kepada mana-mana organisasi pihak ketiga untuk tujuan memenuhi tanggungjawab kami kepada anda berkaitan dengan Tujuan tersebut dan juga untuk tujuan lain yang berkaitan dengan Tujuan tersebut serta dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan bersepadu, penyelenggaraan dan penyimpanan rekod-rekod.
Pihak ketiga yang kami percaya memerlukan akses kepada maklumat anda untuk memberikan maklumat atau perkhidmatan yang anda minta daripada kami seperti:
Pemindahan ke luar EEA dan UK
Data peribadi atau maklumat yang anda kongsi dengan kami akan dipindahkan ke negara lain di luar EEA dan/atau UK dalam situasi tertentu. Undang-undang perlindungan data di negara tersebut mungkin tidak boleh memberikan tahap perlindungan yang setaraf untuk data peribadi anda seperti di bawah undang-undang perlindungan data EU dan UK. Dalam situasi sedemikian, kami komited untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa perlindungan bersesuaian selaras dengan undang-undang dilaksanakan.
Hak Anda
Hak-hak
Hak-hak anda terhadap data peribadi anda adalah seperti berikut:
Persetujuan dan Pembantahan
Jika kami bergantung pada persetujuan untuk memproses data peribadi anda, anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan tersebut dengan menghubungi kami menggunakan butiran hubungan di bahagian Hubungi Kami di bawah. Walau bagaimanapun, penarikan balik keizinan anda tidak akan menjejaskan hak kami untuk memproses data peribadi anda sebelum penarikan semula persetujuan anda.
Penyimpanan Data Peribadi
Penyimpanan
Maklumat yang anda kongsi dengan kami akan disimpan di pelayar kami atau di pelayar pihak ketiga yang membekalkan perkhidmatan IT. Kami komited untuk mengekalkan perlindungan yang bersesuaian untuk mengelakkan kehilangan, penyalahgunaan, akses tanpa kebenaran, pengubahan atau pemusnahan data peribadi anda selaras dengan undang-undang yang terpakai.
Sekiranya kami memindahkan data peribadi anda ke destinasi lain (dari negara di mana anda berada), kami akan memastikan perlindungan yang sesuai selaras dengan undang-undang yang berkenaan.
Tempoh Pengekalan
Data peribadi yang disimpan oleh kami akan dimusnahkan dan/atau dipadamkan daripada rekod dan sistem kami sekiranya data tersebut tidak lagi diperlukan untuk mana-mana tujuan data tersebut dikumpul melainkan kami dikehendaki menyimpannya lebih lama selaras dengan undang-undang atau peraturan terpakai.
Dua (2) contoh dinyatakan di bawah:
Sekuriti Data Peribadi
Kami melaksanakan pelbagai langkah teknikal dan organisasi untuk melindungi data peribadi anda daripada pemusnahan, kehilangan, pengubahan, pendedahan atau akses tanpa kebenaran dan terhadap penyalahgunaan pemprosesan dalam bentuk lain.
Aduan
Jika anda percaya bahawa pelanggaran atau penyalahgunaan data peribadi anda telah berlaku, anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data di negara anda. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda untuk menghubungi kami sebelum membuat aduan sedemikian kepada pihak berkuasa perlindungan data supaya kami diberi peluang untuk memahami dan menyelesaikan masalah anda terlebih dahulu.
Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang soalan, komen atau permintaan berkaitan dengan Notis Privasi ini atau pemprosesan data peribadi anda, anda boleh menghubungi kami dengan menghantar emel kepada communications@sdguthrie.com atau menghantar surat ke alamat di bawah:
Komunikasi Kumpulan
SD Guthrie Berhad,
Tingkat 2, Block A,
Golden Hope Leadership Centre,
No. 2, Jalan PJU 1A/7,
Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Terhad kepada Malaysia sahaja:
Adeline Amanda Jaiyaseelan
Head, Industrial Relations & Compliance
Level 10, SD Guthrie Tower
No.2 Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara
47301 Petaling Jaya, Selangor
+603-78485063
DPO@sdguthrie.com
Hak Untuk Membuat Pemindaan
Kami akan mengemaskini, menyemak semula, meminda dan/atau mengubahsuai Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Sila sentiasa semak Notis Privasi supaya anda sedar tentang sebarang perubahan yang dikemaskini.
Bahasa
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia untuk Notis Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Notis Privasi ini adalah versi 23 Jun 2025.